The Upcoming Kingdom Hearts 3

Halu -halu bosskur,

Hari ni aku nak share mengenai game console kegemaran aku dan boleh dikira all-time favourite dan juga game terbaik sepanjang aku bermain game. Kingdom Hearts series yang asalnya eksklusif untuk Playstation sahaja kini dengan 3rd installment dalam siri ini akan direlease di Xbox. Kingdom Hearts (2002) dan Kingdom Hearts 2 (2005)  yang direlease di Playstation 2 sudah menjadi kegemaran setiap gamer yang meminati genre JRPG ( Japanese Role Playing Game ) dan akhirnya selepas 14 tahun, Square Enix dan Disney bakal mengeluarkan sirinya yang ketiga dan boleh dikatakan sebagai trilogy, iaitu Kingdom Hearts 3 yang bakal dikeluarkan di platform Playstation dan Xbox pada 29 Januari 2019. Bagi mereka yang meminati kartun Disney, anda boleh check game ni sekiranya ada peluang untuk bermain di console seperti PS4. So, dalam Kingdom Hearts 3 kali ini beberapa dunia Disney yang baru yang tidak terdapat di siri sebelumnya akan ditampilkan berserta dengan beberapa dunia yang sudah ada. Di antara dunia Disney yang akan ditampilkan adalah The Pirates of Caribbean, Big Hero 6, Tangled, Toy Story, Frozen, Hercules, Monster Inc. , Winnie the Pooh, dan beberapa dunia lain akan diumumkan sepenuhnya sebelum hari pelancarannya. Bagi mereka yang betul-betul meminati siri ini, pre-order telah pun dibuka di PS store dengan harga RM 239 bagi standard edition dan RM 439 bagi All-In-One edition.

Winni the Pooh World
Source: google image

Tangled World
source : google image

Toy Story World
source: google image

Wreck-It-Ralph World
Source: google image

Comments

Popular Posts