Macam mana nak jaga muka dengan cara yang betul?

Tak semua individu mempunyai kulit yang licin dan bersih. Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit, jangan risau kerana banyak lagi cara yang dapat membantu anda seperti cara pemakanan, gaya hidup dan produk produk kecantikan.

Bagi yang ada masalah, anda perlu mengkaji dahulu anda mempunyai jenis kulit apa. Kulit juga ada banyak jenis antara nya merupakan:

1- Kulit sensitif
2- Kulit berminyak
3- Combination skin (Campuran)

Terdapat banyak produk kecantikan yang dapat membantu anda, anda hanya perlu melihat jenis produk dan kandungannya supaya tidak akan merosakkan lagi kulit anda. Pastikan produk itu sesuai debgan kulit anda supaya mendapat treatment yang sesuai.

Image result for basic skincare routine
source: google
Rutin asas penjagaan muka:

1-Cleanse
2-Exfoliate (Dua kali seminggu)
3-Tone
4-Moisturize
5-Protect

Cleanse:
Dapatkan produk cleanser yang sesuai untuk muka anda dan pastikan anda apply cleanser ini hanya 2 kali sehari dan tidak lebih walaupun muka anda berminyak. Jika cleanser anda membuat kan muka anda berasa tegang, tukar lah dengan produk yang lebih sesuai kerana ia tidak sesuai dan akan merosakkan kulit muka anda.

Image result for washing face
source: google

Exfoliate:
Sel kulit akan diperbaharui dan kotoran atau pun make up akan menjadikan pori di muka akan tersumbat. Tona muka anda kan menjadi tidak sekata dan kulit anda akan menjadi pucat atau suram. Exfoliate atau lebih dikenali sebagai scrub dapat membantu anda mengatasi masalah ini dengan membersihkan muka anda daripada sel kulit mati dan kotoran yang berada di muka anda. Pastikan anda scrub muka anda hanya 2 kali seminggu, jika anda scrub muka anda setiap hari dikhuatiri kulit anda akan rosak kerana terlalu kerap di sental. Pastikan anda menyental kulit anda selembutnya untuk menjaga kulit anda.

Image result for exfoliate face
source: google
Tone:
Toner ini dikaitkan seperti lotion muka atau cecair yang dapat membantu mengecil kan pori di muka anda. Toner juga dapat menjadikan kulit anda kekal hidrate. Praktis yang digunakan untuk apply toner di muka anda adalah sapukan toner itu pada kapas muka dan ratakan di seluruh kulit muka anda.Toner ini akan membantu anda menstabil kan level PH di muka anda.

Image result for define face toner
source: google

Moisturize:
Moisturizer membantu melembabkan muka anda supaya tidak kelihatan kering dan pucat. Jenis kulit berjerawat, sensitif, berminyak dan combination skin amat sesuai jika di apply moisturizer.

Image result for moisturize face
source: google

Protect:
Protect kulit anda dengan menggunakan sunblock atau sunscreen. Sinar UV akan mennyebabkan 'photoaging'. Anda perlu protect kulit anda untuk mengelakkan pigmentasi daripada berlaku. apnda perlu pilih sunscreen yang sesuai yang mempunyai nilai spectrum yang luas untuk mengawal muka anda daripada sinar UVA & UVB.

Image result for sunscreen face
source: google

Comments

Popular Posts