Disiplinkan anak

 9 CARA UNTUK DISIPLINKAN ANAK



1. Jelaskan tentang kelakuan yang sesuai dengan keadaan pada bila-bila masa sahaja kepada anak-anak.

2. Tetapkan peraturan keluarga dan terangkan mengenai peraturan-peraturan tersebut kepada anak-anak.

3.  Tetapkan beberapa peraturan penting dan mengelakkan peraturan yang terlalu banyak. Pastikan anda laksanakan peraturan-peraturan tersebut dengan tegas.

4. Ingatkan peraturan-peraturan tersebut dari semasa ke semasa jika perlu diulangi.

5. Jangkakan sedikit kenakalan dan pelanggaran peraturan dari anak kerana meraka masih belajar untuk menyesuaikan diri dengan disiplin.

6. Peraturan dan disiplin yang ditetapkan harus sesuai dengan umur dan tahap kematangan anak.

7. Kawalan diri adalah penting sekiranya anda mendapati anak anda melanggar disiplin. Jangan biarkan kemarahan menyebabkan anda bertindak ikut emosi.



8. Sekiranya anak dapat disiplinkan diri pastikan anda memujinya agar dia mendapat peneguhan positif dari semasa ke semasa.

9. Selesaikan masalah anak dengan cara terkawal, amalkan komunikasi efektif dan didiklah mereka bertanggungjawab atas tindakan mereka.


Comments

Popular Posts