Mari Kita Binge-watch Siri bersama

Assalamualaikum,

Hari ni aku nak kongsi siri  yg best ak recommend utk tgk. Siri ni boleh tgk di Apps Netflix. Antara cerita nya ialah :

1. Stranger things

Image result for stranger things
source from google.com/strangerthings
- Cerita ini menceritakan tentang suatu bandar, Hawkin pada 1980-an. Ia bermula dengan kehilangan seorang budak yang bernama Will Byers pada suatu malam. Kemunculan seorang budak perempuan yg diberi nama El, yang mempunyai kuasa psychc dan membantu orang bandar untuk mencari kehilangan budak tersebut. Penyiasatan untuk mencari budak tersebut dilakukan oleh orang bandar. Ketua polis bandar tersebut berjaya menyelesaikan penyiasatan dgn mengesyaki  terdapat organisasi rahsia yg membuat kajian misteri. Disebabkan uji kaji misteri itu membuatkan budak tersebut hilang. Terdapat Siri 2, kesinabungan dari siri yg pertama. Will Byers berjaya balik ke dunia nyata, tetapi diberi nama pangilan 'zombi' Ini kerana mereka menyangka Will Byers mati, tetapi tidak. Misteri yg berlaku di Bandar Hawkin masih lagi belum selesai kerana uji kaji yg mereka telah buat menyebabkan bandar tersebut diserang oleh makhluk misteri. Kali ni, Will Byers mempunyai sakit yg misteri. Keluarga dan kawan-kawannya cuba membantu Will Byers utk sembuhkan penyakitnya itu. Dengan Bantuan El, dan Ketua Polis bandar Hawkins, mereka berjaya pulihkan keadaan di akhir episod. Nantikan siri 3 pada tahun depan. Masih banyak lagi misteri bandar itu yg mereka belum selesaikan.
source from google

source from google

2. 13 reasons why

- Cerita ni menceritakan seorang perempuan remaja yg bunuh diri deisebabkan kawan-kawannya yg membuli nya di sekolah. Hannah Baker perempuan yg dibuli itu berjaya membuat pita rakaman sebanyak 13 menceritakan tentang kawan-kawannya yg telah membulinya. Setiap satu tapes menceritakan seorang demi seorang kenapa dia bunuh diri. Clay Jensen ialah kawan baik kepada Hannah Baker cuba untuk memberi keadilan yg sewajarnya kepada rakan baik nya itu.Di akkhir eps, Clay Jensen berjaya membongkar punca yg besar kenapa kawannya itu bunuh diri, dan berjaya membuatkan kes ni kemuka keadilan. Siri 2, setakat ni aku baru tengok 4 eps, belum habis lagi. Apa yang aku boleh cerita, Kes Hannah Baker sedang disiasat. Masih banyak rahsia lagi yg belum terbongkar tentang kawan-kawannya.
3. Lost in Space

- Siri ni menceritakan tentang Sebuah Keluarga yg menaiki Sebuah kapal angkasa. Mereka sekeluarga terhempas di sebuah planet yg masih belum dijelajah oleh manusia. Keluarga Robinson, dan rakan-rakan mereka berusaha untuk terus hidup  di Planet itu. Will, anak lelaki kepada keluarga Robinson ditemani dengan sebuah Robot Alien yg telah diselamatnya dulu ketika dia sedang berada di hutan. Sepanjang usaha mereka untuk terus hidup, mereka mendapati bahawa planet itu tidak selamat untuk menetap kerana pelanggran planet dengan matahari akn berlaku. Mereka berusaha untuk melepaskan diri mereka dari planet itu. Dan diakhir eps itu, mereka semua berjaya untuk melepaskan diri mereka dari planet itu, kecuali keluarga Robinson.  Mereka berjaya melepaskan diri dari planet tersebut, tetapi malangnya kapal angkasa mereka membawa mereka ke planet lain. Nantikan siri 2 bagaimana keluarga tersebut nak terus hidup dan meneruskan pengembaraan mereka.
Image result for lost in space
source form google.com/lostinspace




Jadi ini lah siri yg boleh aku kongsikan. Kalau nak layan lagi siri yg menarik, boleh la langgan di Netflix. Kalau ada siri yg menarik yg nk share, boleh share di komen. Nanti kalau ada masa ak cuba untuk tengok. Bye. Assalamualaikum






Comments

Popular Posts