NOSTALGIA 90's

Holla guys :) Siapa sini lahir sekitar tahun 90an?

source: google

Kalau korang lahir lebih kurang macam aku 1996, mesti korang ingat. Hehe. Aku tak beberapa gambar mcm tiup kereta kertas & pensel ink macam peluru tu tapi aku tahu korang mesti ingat kan? So...
LETS DO SOME SUPER THROWBACK!!!!

Rancangan TV 

1.Keluang Man
source: google
   Semestinya faveret sumua kanak kanak masa tahun 80an-90an , berkisahkan tentang seorang superhero yg digelar sebagai keluang man yang penuh dgn tricks dia untuk menangkap penjenayah. Sangat lah best !

2.Kampung Boy
source: google
   Sape je yg tak ingat tentang kartun ni memang korang punya childhood ruins man! Kampung Boy (atau Lat, The Kampung Boy) asalnya merupakan sebuah novel grafik karya kartunis Malaysia Mohamad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat yang berkisarkan tentang pengalaman seorang budak lelaki yang membesar di Perak pada 1950-an. Buku ini bersama kesinambungannya,Town Boy(Budak Bandar; 1981), telah dicetak semula berbanyak kali di dalam dan luar negara, ia kemudian diikuti oleh sempalan komik ini, (Budak Kampung: Semalam dan Hari Ini) yang diterbitkan pada 1994. Kampung Boy dan Town Boy ni merupakan one of the karya-karya terawal Lat yang menceritakan kehidupan zaman kanak-kanak dan remajanya. Karya-karya autobiografi Lat ini menjadi mercu tanda kerjaya Lat sebagai seorang kartunis, yang masih mengisahkan babak-babak hidupnya dari dulu hingga kini, and kalau korang nak tahu kartun ni sampai ke luar negara dan ada diselitkan ni New Straits Time! Gempak kan!
Kalau korang nak tahu jugak animasi dan buku Lat ni juga ditranslate ke beberapa language seperti Bahasa Perancis dan Bahasa Jepun!
Buku ni jugak menjadikan Lat sebagai tokoh antarabangsa dan kartunis yang dipandang tinggi !
Aku rasa cukup bertuah sebab aku lahir lahir kartun dan buku dia dah start femes. we 90's are so lucky isn't it?

3. Danny Phantom

source: google




   Kalau kartun English ni aku rasa inilah yang paling femes time aku kecik kecik dulu. Aku rasa lah sebab aku minat gila kartun ni hahaaha!!
   Berkisahkan tentang seorang remaja yang bernama Danny yang secara tidak sengaja telah membuka portal antara Dunia Manusia dan Hantu( Ghost Zone)!
Disebabkan incident yang malang tk seberapa nak malang, Danny ni jadik separa manusia separa hantu , kira mcm hybrid cemtuh dan mengambil tanggungjawab untuk menyelamatkan dunia dan pekan kecilnya dari serangan hantu bak ang!!
   Sayangnya series ni berakhir sekitar tahun 2007 tak silap. Sedih sebab tk tengok episod last sebab time tuh aku kat skolah :(

Jajan & Kudap Kudap

1. Milo Truck

source from facebook

HAHAHA . Sorry ni bukan kudap or jajan , salah intro tapi takpe kita layankan jelah kan. Milo pakcik ni aku tak tahu lah dorang bubuh apa tapi kompem beratur panjang kalau dorang datang kat skolah semata mata nak dapatkan air milo segelas! tapi kat rumah tak habis pulak hahaaha 😂😂😂

2.
source: google image

Sorry guys aku tak ingat apa nama makanan ni, yang aku tahu satu keping tak cukup! kalau balik skolah mesti beli jajan ni nak makan buat time tgok kartun . What a memori, kalau korang tahu apa nama makanan ni tolonglah bagitahu ye. Agak-agak ada lagi tak bende ni?

3. Bubble Gum dan Sugus!

source: google image

source: google image

source: google image

Aku kompem korang ingat bubble gum ngan gula gula panjang ni!
bubble gum yang paling atas tuh tak silap aku harga sekitar 20-50 posen je and ada pelbagai perisa yang kompem nak lagi!

Untuk bubble gum yang hitam putih is my FAV ALL TIME!!
aku selalu balik sekolah atau nak balik rumah lepas main kejar kejar ke atau basikal aku akan singgah satu kedai ni dekat dgn rumah aku , and aku akan beli bubble gum ni,  dalam dia ada warna hitam putih, yang bestnya bubble gum ni 2 boleh dapat seposen!!!

Gula gula panjang ni pun fav aku sebab aku rasa dia mencabar. Liat sangat! tapi nikmat nya bila kunyah tuh pergh, memang 1,2, aku rasa 3 pun belum cukup sebab sedap sangat!!! aku tak ingat sangat brape harga gula gula ni yg aku tahu dia ada banyak perisa dan semua nya sedap!

Game (Main Petang dan konsol)

1. Lecut Selipar

source: google image
Hah sape je budak budak 90an yang tak main lecut selipar? petang petang kompem main game ni, gi rumah member sorang sorang pastuh gi taman or pasar ke or main depan rumah member or jalan . hahaaha time ni lah nak lecut kat member kuat kuat!

2. Rebut Tiang
source: google image

Inilah permainan bila lepas rehat atau otw nak gi kantin, korang mesti akan tetiba cop satu tiang lepastuh member lain ikut .hahaha . permainan ni selalu main time kat skolah je sebab kat rumah tak banyak tiang kalau ada pun kang parents bising suruh ngaji hahaaha

3. Contra

source: google image




Aku selalu main game ni kat rumah member aku sebab dia ada game tape. hahaaha. inilah game yang budak budak 90an selalu main sebelum wujudnya PlayStation PSP dan sewaktu dengannya,
Game ni basically main tembak tembak (2D) and ada level level dia. Aku tak ingat level last lawan ape sebab aku selalu mati awal ! haha

4. Super Mario Bros.
source: google image

Hah game ni kalau budak budak 90an tak ingat aku tak tahu lah nak cakap apa, hahaha. game ni kalau tak silap dah lama sangat dan ada banyak sangat level. Sampai sekarang , dari kanak kanak sehingga dewasa still main game ni. Malang buat aku , game ni pun aku mati awal, noob betul, sampai sekarang aku tak tahu ending dia cmne. Siapa penah habis game ni cuba cerita sikit.

5. Brick games

source: google image
Brick games!! banyak gila game dalam satu konsol. Aku tak ingat semua but aku paling suka tetris, pastu ade satu titik hitam boleh tembak tembak and lagi satu game tank tuh boleh tembak tank lain. Korang punya faveret ape?

6. Digimon Link

source: google image
Antara fav boys 90's is this game!! basically game ni senang je, korang kene bela satu haiwan (digimon). Korang kene bagi haiwan korang makan tido kira sume kelengkapan harian as a pet lah kan. Bila haiwan korang dah kuat korang boleh link kan dekat member korang dan boleh lawan!
tapi tulah tak silap aku kalau kalah haiwan korang akan mati and korang kene bela haiwan baru which is quite sad.
Fyi , game ni jugak sangat dicari cari oleh pengumpul barang barang lama. dari pelbagai jenis dan bentuk yang limited edition, kalau korang ada dorang akan beli untuk disimpan sebagai salah satu koleksi diorang! and harga dia mahal sangat sangat! so kalau korang ada boleh lah simpan mana tahu nnti takde duit boleh jual hahaha :)

okay guys sekian saja untuk hari ni, aku harap korang dapat tersenyum kambing sendirian baca blog ni , selamat awet muda rakan rakan 90an dan yang lain nak join boleh, on x on?
















Comments

Popular Posts