First Step Done

Langkah pertama untuk kakak dan bakal abang ipar saya telah selesai. selamat menjalinkan ikatan pertunangan mereka pada  18 november 2019 yang lepas . Dengan ikatan selama 6 bulan dan dijangka mereka akan bernikah pada bulan Jun tahun depan. So, kakak saya boleh dikatakan bakal gold medallist lah sebab dia yang pertama yang akan mendirikan rmah tangga diantara kami adik beradik sekiranya hubungan mereka dipermudahkan sehingga jinjang pelamin.

Pasangan yang dirai 



 Duet hantaran die pergh boleh tahan padu juga yang diterima. majlis pertunangan mereka berlangsung lepas waktu Zuhur dan syukur majlis berlangsung dengan lancar . dimulakan dengan pak karut yang berbalas pantun boleh tahan lama jugalah merka dari dua2 belah pihak balas2 pantun . lepas tu peringatan dari Tok Sidang (ketua adat kampung ) untuk kedua2 pasangan. banyk betul pantang larang dye bagitau.. haha nasib lah mereka. selepas selesai bercakap semua tu. dan bermulalah upacara sarung cincin kat kakak saya . mengigil jari dia nk dapat cincin.. lawak sungguh,maklumlah pemalu orangnya.

Upacara berbalas pantun

hantaran yang diterima



lepas selesai sarung cincin bermulalah sesi bergambar antara kedua2 pihak.
Syukur ramai yang datang memberi sambutan dan sokongan kepada majlis pertunangan mereka nie. sampai ta cukup makanan dibuatnya.Berair jugalah mata ibu saya tengok anak dia kene pinang dengan orang . majlis ni tamat dalam pkol 4 macam tu . selesai majlis bermula lah aktiviti mengemas pergh dia punya penat boleh tahan padu bossnya.. huhu. tapi syukur majlis yang dirancang hampir 6 bulan nie menjadi  kenyataan dan berjalan dengan lancar.

Gambar family

Gambar bersama kedua dua belah pihak.



Comments

Popular Posts