Hello.
Kenapa segelintir daripada kita memilih untuk hidup single dan adakah cinta itu penting ? Untuk makluman, cinta yang saya maksudkan di sini adalah cinta kepada pasangan lelaki atau perempuan. Tidak ada kena mengena dengan cinta kepada Tuhan, agama mahupun keluarga.
Bagi saya, it is up to yourself to stay single or to be in relationship. Mungkin mereka yang memilih untuk single ini mahu menumpukan sepenuh perhatian dan masa mereka terhadap kerjaya ataupun mereka merasakan relationship itu satu tanggungjawab yang belum mampu untuk mereka galas. Mungkin juga mereka mahu belajar mencintai diri mereka dahulu sebelum mencintai orang lain. Keputusan semua terletak di tangan masing- masing. Tiada paksaan untuk kita berada dalam relationship jika kita rasa diri kita belum bersedia.
Pada pandangan saya, cinta itu penting jika tidak disalah guna. Ia mengisi kekosongan di dalam hati dengan hadirnya insan yang mampu menyayangi diri kita selain dari keluarga kita sendiri. Bayangkan ada orang yang ambil peduli pasal hari kita dan sering memberi sokongan tanpa jemu dan sentiasa ada di kala kita memerlukan. Ya, insan seperti itu tidak mudah dijumpai tetapi bagi sesiapa yang sudah bertemu dengan insan terpilih itu, hendaklah anda menghargai kehadiran mereka.
For me personally, I was left. Up to this day, saya rasa saya belum mampu untuk melupakan dan belum mampu untuk membuka buku baru dalam hidup saya. So, lebih baik saya fokus dengan pelajaran dan kerjaya sebelum berfikir untuk mencari cinta baru. Honestly, it is a bit lonely to be single but I have my friends here in Akademi Laut Malaysia and friends who have been supporting my journey so why giving up for just one stupid mistake ?
Akhir kata, terserah la pada anda untuk memilih jalan hidup anda asalkan menjadi manusia yang tidak menyusahkan ibu bapa dan masyarakat di kemudian hari. Biarlah orang nak kata apa.
P/S : kepada mereka yang sudah bahagia, tahniah. Jangan lupa kepada orang yang anda pernah sakiti suatu masa dahulu. Semoga dosa anda diampunkan. Amin.
|
One of the best. Captain team dia. Adlin Saufi. |
|
Member paling bijak yang sudah sambung study kat NZ. Qudrat Asyakir. |
|
20th Birthday in Aussie. |
|
Big Bro 26th Birthday this year 2018. |
Comments
Post a Comment