CONVOI DARI TERENGGANU KE MELAKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger2 yang membaca,

Hari ini saya akan ceritakan kisah perjalanan kami sekawan menaiki motosikal dari terengganu ke melaka. Sebelum perjalanan bermula, persiapan kiteorg seminghu sebelum perjalan sebab yang ikut pon antara golongan kami. Tempahan tempat tinggal diuruskan saya sendiri pemilik blogger. Hahahaahaha. Sebenarnya rancangan untuk mengadakan konvoi ni dah lama cuma x dapat dilaksanakan atas dasar cuaca yang tidak mengizinkan. Tetapi semangat untuk meneruskan expedisi ini tidak patah. Tiba di hari kejadian, kami bertolak pada jam 9 malam kerana terpaksa menunggu rakan2 yang bekerja. Disebabkan semangat yang ada pada sahabat2 saya yang sanggup korbankan tenaga untuk menyertai konvoi ni, perjalan dipersetujui semua rakan2 untuk bertolak pada malam hari. Perjalan diteruskan melalui lebuhraya pantai timur. Kemudian melalui Kuala Lumpur. Perjalanan kami mengambil masa selama 8 jam untuk sampai ke melaka. Perjalanan selama 8 jam tidak terasa kerana keasyikan dan semangat konvoi kami. Setibanya sampai di melaka. Kami merehatkan diri kami di chalet berhampiran pengkalan balak. Bermulalah aktiviti kami di melaka untuk melawat tempat2 pelancongan yang ada di melaka. Perjalanan bersama rakan2 sangat seronok dan kami sangat gembira. Banyak tempat2 yang menarik yang dapat kami lawati. Melaka adalah negeri bersejarah yang sangat padat dengan informasi sejarah yang boleh kami pelajari. Saya berharap dapat merancang lagi aktiviti seperti ini bersama rakan2 seperjuangan. Kami bukan mat rempit, kami hanyalah sekadar mat moto dan pecinta dua roda. Itu saja cerita perjalanan kami hari ini. Saya akan keep on update kalau ada lagi aktiviti konvoi yang akan dilakasanakn.

Comments

Popular Posts