'Bestman' of the day.

pengalaman pertama dalam hidup menjadi pengapit, fuhh not bad. first time aku jadi pengapit adalah masa abnag sedara aku kawin . tak tahu kenapa tiba2 dia suruh aku jadi pengapit dia . so, mula2 tu aku memang tak nak lah kan. segan derr dengan tak tau macam mana nk jadi pengapit semua. tapi setelah dipujuk2 akhirnya aku tewas.

so, lepas tu aku pon mulalah search google macam mana nak jadi pengapit kan, habis semua blog,video kat youtube aku tengok takut fumble masa majlis nanti . lepas
aku belajar sikit2 barulah aku confident sikit nak jadi pengapit tu..

Pasangan pengapit


Majlis berlangsung di IDCC Convention Centre Shah Alam pada desember tahun lepas, gempak jugalah dewan dan pelamin dia. tema yang dipakai  masa tu kelabu putih, pening jugalah aku mula2 pikir nak pakai baju melayu kelabu, dah lah ta berapa nak cerah. tapi nak buat mcm mana satu family pakai warna kelabu. so sehari sebelum majlis berlangsung aku kene ikut raptai persandingan, bukan biasa2 ini kali geng, siap ade raptai takut pengantin fumble punya pasal huhu. tapi oklah lepas raptai tu pengantin dan aku yang sebagai pengapit nie makin confident lah untuk majlis yang akan ade keesokan harinya.

Raptai dimalam hari


Pada hari majlis syukur ramai yang datang untuk meraikan abang sedara aku dan pasangannya, majlis persandingan mula dalam pukul 12 macam tu . first time pegang kipas pengapit tu kekok bossku semua. tapi hasil aku kaji kat youtube pandai jugalah aku masa tu. persandingan dimulakan dengan berjalan di atas karpet merah. masa tu rasa macam aku plak yang pengantin sebab semua dok pandang kearah pengantin secara automatik mereka pon pandang aku juga huhu.rasa bangga jap masa tu.

Upacara berjalan di karpet merah

lepas abis berjalan kat karpet merah barulah naik duduk kat atas pelamin. fuh , bila kat atas pelamin segan juga dibuatnya ramai yang dok amik gambar pengantin so aku pon terselit sekali lah kan. memang senyum tak henti lah aku masa tu. lepas abis bersanding semua kene escort pengantin plak makan beradap.dok berdiri kat tepi meja dah macam body guard plak masa tu. lepas habis makan, upacara potong kek pula, escort lagi huhu.. kire acara potong kek tu adalah acara terakhir lah. lepas habis potong maka abislah tugas pengapit dan aku dengan kelaparan pergi mencari makanan. selepas makan semua bermulalah sesi bergambar .

Diatas pelamin 



Upacara menepuk tawar

pengalaman jadi pengapit nie boleh amik berkat orang mana tau kot2 jodoh makin cepat nnti dan not bad lah best juga sebab nanti banyak gambar dalam wedding photo dieorang. huhuh.. semoga hubungan rumahtangga mereka kekal hingga ke jannah. amin

Diantara orang kuat majlis


Family besar


Comments

Popular Posts