Dutta Azzam , Bulk Carrier

Banyak pengalaman yang aku dapat selama 4 bulan aku atas kapal duta azzam nie, so apa yang aku nk cerita adalah apa yang kapal Duta Azzam ni carry untuk cari makan company. Huhu
Inilah rupa kapal Duta Azzam dari bridge


Duta Azzam nie adalah kapal dari company Malaysia sendiri,Duta Marine . Company nie ade kontrak dengan tnb selama 10 tahun untuk bawa arang batu dari loading port ke 3 port arang batu tnb kat malaysia iaitu kat Tanjung Bin Johor , Lumut Perak dan Jimah Port , Port Dickson

Loading operation pakai conveyor belt kat port

Kebiasaannya loading port dekat belah indonesia macam kat Balik papan , Pontianak , Samarinda  . Biasanya kami loading tengah laut arang batu tengah laut  , nnti barge akan datang bawa arang batu dan transfer pakai kren tau grab masuk kat dalam hatch. Jaranglah masuk port kalau loading

Hatch yang full load arang batu


Kapal Duta Azzam nie ade 7 hatch tak besar sangt lah. Tapi nak jalan dari depan ke belakang tu penat jugalah maklumlah panjang kapal 219 meter.

Ni operasi membuang cargo yang melekat kat coaming bila discharge operation


Biasanya perjalanan dari loading port ke discharge port makan masa 8 hari ja sebab route Malaysia Indonesia ja so tadelah lama sngt nak travel kalau nk dibandingkan dengan kapal sebelum ni chemical tanker yang route dia boleh tahan jauhnya.

Secara jujur kalau nk dibandingkan kerja diatas bulk ataupun chemical tanker saya lagi prefer bulk carrier sebab kerja dia senang sikit dan tekanan tu ta banyak sangat . Harap nanti dah kerja harap dapat rezeki jadi pengawai dekat bulk carrier nie. Huhu

Comments

Post a Comment

Popular Posts