KL BIG PARTY3
Assalamualaikum, harini aku nak share tentang Kuala Lumpur Big Party 3, KLBP3 yang bertarikh pada 3 November 2018. Event ni diadakan di Rumah Puspanita Kuala Lumpur.
Payung tiket |
Bagi penggemar muzik rock underground band atau local band Malaysia, KLBP memang antara yang paling famous. Selalunya rock head akan join annualy KLBP & Rock The World. Sayangnya Rock The World tak diadakan pada tahun ini oleh sebab-sebab tertentu.
Kalau korang nak tahu Rumah Puspanita KL ni sebenarnya indoor venue. Selalunya konsert rock macamni buat kat outdoor sebab ramai budak budak menggila. Tapi kali ni indoor so best lah sebab tertutup & fully airconditioned.
Antara band-band underground yang datang menggegarkan KLBP3 tahun ini:
1- Kugiran Sazali
2- Esclave 857
3- Homerun
4- As Our Throne
5- Second Combat
6- Robot Asmara
7- B- Heart
8- The Regiment
9- Harmacy
10- Johny Comes Lately
11- Naratu
12- Orkes A Zahidin
13- Grey Sky Morning
14- Joanna and Co
15- The Padangs
16- Revenge The Fate
17- Couple
18- Restraints
19- The Times
20- Massacre Conspiracy
21- Skudap Skudip
22- Sleeping Sorrows
Event ni start pada jam 9 pagi dan tutup kedai pada jam 11 malam. So kalau memang minat semua band dia stay lah sampai habis. Ada je yang balik dulu then datang balik sebab nak temgok band yang diorang minat je. Sebab tahun ni memang ada banyak band participate so memang gempak ah.
Antara band-band undergroung yang aku minat kat KLBP3 ni adalah Naratu, Sleeping Sorrows, As Our Throne dan The Padangs.
Kat luar ada banyak band-band jual merch diorang so mana yang minat boleh beli habiskan duit. Bab makan memang ngam sebab kat tepi booth atau band punya merch ada ramai orang niaga makanan macam kat pasar tani dan harga pun berpatutan. Baju, kasut, topi, lanyard dan macam macam lagi ada bosku.
Banyak band-band yang buat comeback selepas bertahun-tahun tak perform atas stage macam The Padangs dan Robot Asmara.
Rating aku untuk KLBP3 tahun ni 9/10. Paling aku suka kat event tahun ni diorang buat indoor. Sebab bulan 11 ni musim hujan kat KL so memang ngam lah diorang buat indorr. Kalau korang ada minat nak join untuk masa akan datang boleh roger aku kita enjoy sama-sama.
Comments
Post a Comment