Jum Main Masak-Masak eps 3

 Assalamualaikum,

Jadi eps kali ni, Aku nak share tempat yang sedap dekat tempat aku membesar iaitu di Parit Buntar, Perak. Percayalah, antara punca aku jadi gemuk adalah disebabkan selalu sangat pergi makan dekat tempat-tempat ni. Kalau balik Parit Buntar, tak pergi ke tempat-tempat ni memang tak sah. Mesti aku akan ajak keluarga aku dan kawan-kawan aku makan sekali.


Antara tempat yang aku mesti pergi ialah Slickbite Meatball.
Gerai ini diusahakan oleh kawan aku, Nabil Mazlan, dan dia juga yang mencipta resepi meetball ni sendiri. Percayalah, mesti cuba meatball yg dia buat ni. Gerai dia terletak di area Mara Parit Buntar, ataupun boleh search dekat maps MASJID PARIT BUNTAR. Gerai dia dekat sangat dekat Masjid Parit Buntar, perak. Boleh nampak dari jalan utama, seberang jalan. Dan kedai besar nya NON PAK ALI STATION. Bolehlah cuba kalau hampa singgah ke Parit buntar.                                                                               

Hasil carian imej untuk slickbite meatball
source from google.com/slickbitemeatball








Kemudian, aku nak share lagi tempat makan pagi. Kalau rasa nak makan nasi kuning. Boleh cuba di NASI LEMAK SRI KUNIING. 

Kedai ni buka pada 8 pagi hingga 3 petang, isnin-jumaat.
Hasil carian imej untuk nasi lemak kuning parit buntar
source from google.com/nasilemaksrikuning





Aku membesar dengan makan Nasi Lemak Sri Kuning. Ingat lagi waktu sekolah menengah dulu, lepas balik dari sekolah, mesti aku naik motor singgah kedai ni. Beli bungkus makan dengan adik-adik aku. Kedai ni juga tempat aku dan kawan-kawan aku datang melepak bila masing-masing balik cuti. Kami akan datang 8:30 pagi. Tempat ni macam tempat pertemuan kami bila pagi. Kalau makan pagi, makanan dan lauk masih panas-panas. Memang sedap. Nasi Lemak biasa harga rm 1.80. Kedai ni terletak dekat Jalan Padang, Kampung Permatang Tok Mamat, Parit Buntar. berdekatan dgn Masjid Parit Buntar.
Seterusnya, apa guna kalau jadi orang utara, kalau tak suka makan mamak. Betul tak? Gerai yang aku akn kongsi ni antara mamak yang sedap dan selalu dikunjungi orang ramai. Gerai yang paling  famous, Nasi Kandar Ali. Gerai ni mula beroperasi pada pukul 7 petang hingga 3 pagi, setiap hari. Kalau nak datang makan kt sini, mesti datang awal sebab mesti beratur panjang kalau nak makan sini. Kalau aku nak makan sini, mesti aku datang pukul 930 malam. 9:30 malam pun masih ada yang beratur untuk makan kt sini. Harga biasa nya rm6. Sangat berpatutan. kedai ni trletak di Jlan Kelicap, Pekan Baru, Parit Buntar 
Hasil carian imej untuk nasi kandar ali parit buntar
source from google.com/nasikandaraliparitbuntar
Mamak yang sedap yang boleh hampa cuba lagi Nasi Kandar Mathaam. Antara makanan yang selalu aku makan kt sini Ayam Goreng Bombay dgn harga rm7. Memang sedap. Mesti makan dengan nasi dan kari, lagi menambah selera untuk makan. Beroperasi selama 24/7. Harga makan dekat sini sangat berpatutan. Kedai bertempat berdekatan dengan Masjid Parit Buntar. 

Jadi kalau hampa yang nk singgah Parit Buntar tu, boleh cuba. Banyak lagi gerai yg sedap yg boleh hampa cuba kt Parit Buntar ni. Kalau rasa nk singgah sini, boleh la contact aku. 

Comments

Popular Posts