Fashion icon that I look up to

Tak semua orang meminati fesyen dan tak semua orang mampu berpakaian seperti artis yang menelan kos ribuan ringgit bagi sepasang baju. Bagi aku, fesyen adalah  minat aku walaupun buat masa sekarang aku tak mempunyai bajet yang cukup untuk bina wardrobe sendiri but one day for sure aku akan miliki. Pada pandangan aku, tiada betul dan salah dalam mengenakan fesyen kau tersendiri tetapi kalau pakaian kau melampaui batas itu sudah dikira salah dari segi fesyen mahupun agama. So, hari ini aku akan share beberapan icon fesyen yang aku minati dan cara mereka berpakaian.

1. Harry Styles











Harry Styles adalah salah seorang ahli boy band One Direction yang sekarang sedang ber'hiatus'. Semasa bersama One Direction, Harry Styles sering membawa imej rockerz dengan seluar skinny jeansnya dan suede chelsea boots. Sekarang, Harry lebih membawa imej matang dengan mengenakan suit yang ditailor khas oleh Gucci dan juga beberapa brand ternama yang lain.

2. Kwon Ji Yong @ G-Dragon







Kwon Ji Yong yang dikenali dengan nama stagenya G-dragon adalah salah satu fashion icon yang paling tinggi influence terhadap fesyen di Asia terutama di Korea Selatan. Anak-anak muda di sana menjadikan GD sebagai idola fesyen mereka dan sering mengikuti trend cara dia berpakaian. Dia boleh dianggap sebagai trend-setter di Asia. GD yang membawa imej bad boy dengan cara dia berpakaian dan wajah dia yang sendiri membawa imej itu.

Comments

Popular Posts