HARI RAYA DI PERANTAUAN

                                 

Tanggal 25 Jun 2017, 

Perasaanku amat berlainan berbanding dengan tahun2 sebelum ini ,
perasaan sedih dan hiba ini hadir kerana pada lebaran  ini aku terpaksa
berjauhan dengan keluarga yang amat kurindui demi mengejar impian
yang kukejar selama ini.Kupercaya setiap perjuangan memerlukan pengorbanan.
Walaupun perasaan sedih ini melanda aku bersyukur kerana aku dikurniakan 
keluarga kecil yang telah terbina sejak aku memulakan pelayaran .
Kesedihanku pada lebaran ini dapat ku ubati dengan sambutan kecil yang 
kuraikan bersama keluarga kecilku di pelayaran ku ini. 

Memulakan hari dengan takbir dan solat raya berjemaah yang diketuai 
oleh ketua pegawai, mendengar takbir raya buat kali pertama membuat air mataku 
berlinang mengenangkan keluarga yang beratus batu jauhnya. Jamuan terhidang 
setelah selesai solat . Lemang,ketupat dan rendang membuatkan perasaan ini 
seperti menyambut perayaan dirumah walaupun hakikatnya aku masih 
terapung di lautan luas ini.

Tidak lengkap hari raya sekiranya tiada kenangan yang diabdikan, setelah habis jamuan aku bersama yang lain mengambil gambar bersama supaya dapat dijadikan kenangan . Begitu pantas masa berlalu, setelah habis bergambar semua kembali seperti biasa  kerana masing2 sudah menjalankan tanggungjawab masing2 sebagai pelayar di pelayaran ini.


Jadi terbuktilah pepatah lama yang mengatakan jauh perjalanan luas pemandangan.
Andainya aku tidak memilih bidang pekerjaan ini mungkin aku tidak berpeluang
 merasai pengalaman dan perasaan beraya ditengah lautan yang amat luas ini.

#nelayanlautdalam





Comments

Popular Posts