Dato Seri Siti Nurhaliza

Image result for siti nurhaliza
Source: Google

Dato Seri Siti Nurhaliza merupakan seorang insan yang sangat saya kagumi sejak kecil. Saya mengagumi beliau kerana beliau telah melakarkan pelbagai sejarah dan berjaya di dalam kehidupan beliau sejak kecil lagi. Beliau berasal dari Kuala Lipis, Pahang dan juga merupakan tempat asal saya. Saya pernah melawat rumah peribadi beliau sewaktu kecil ketika rumah terbuka dianjurkan dirumahnya. Beliau sangat peramah dan mesra orangnya.


Sewaktu saya membesar, saya sering mengikuti perkembangan beliau dalam industri hiburan dan perniagaan. Mengikut fakta, beliau telah menerima hampir 300 anugerah peribadi di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Sewaktu beliau berumur 16 tahun, beliau telah memenangi pertandingan Bintang HMI pada tahun 1995 mengalahkan penyanyi senior yang lain. Pencapaian beliau pada usia muda membuatkan saya kagum terhadapnya dan ingin berjaya dan menyinar seperti beliau.

Image result for siti nurhaliza
Source: Google
Dato Seri Siti Nurhaliza telah banyak mengharumkan nama negara Malaysia oleh kerana bakatnya dalam bidang seni. Beliau telah menjadi salah seorang individu yang terkenal di mata dunia. Bagi saya, beliau memang seorang yang berbakat dan mampu memanfaatkan bakatnya untuk terus maju dan berjaya di dalam kehidupan.

Perjalanan beliau untuk menjadi superstar bukanlah mudah yang kita sangka, terdapat banyak liku-liku yang beliau telah lalui dan berjaya menjadi individu yang berjaya. Banyak gossip-gossip atau berita yang timbul dan banyak juga masalah yang perlu ditempuhinya, tetapi beliau tenang menghadapi dugaan dan terus maju kehadapan. Beliau juga telah menemui teman hidupnya Datuk Khalid Mohamad Jiwa, Dato K. Ketika mereka bertunang, pelbagai fitnah dilemparkan seperti beliau telah menjadi punca penceraian antara Datuk K dan bekas isterinya. Alhamdulillah, mereka belgelar suami dan isteri yang sah. Dato Seri Siti Nurhaliza tabah menghadapi pelbagai dugaan yang menimpa beliau.



Beliau telah menunggu akan cahaya mata bertahun-tahun lamanya, beliau tetap tabah dan berserah kepada kuasa tuhan. Diatas berkat kesabaran tersebut, beliau dikurniakan cahaya mata perempuan yang sangat cantik seperti beliau. Siti Aafiah nama diberi, Si kecil ini telah menjadikan hidup Dato Seri Siti Nurhaliza lebih bermakna dan bahagia.

Image result for siti nurhaliza dan dato khalid
Source: Google

Image result for siti nurhaliza
Source: Google

Comments

Popular Posts