Masjid Terapung , Melaka.


Masjid Selat atau dikenali sebagai Masjid Terapung, merupakan salah satu tempat yang perlu anda kunjungi . Ia terletak di Pulau Melaka,yang merupakan sebuah pulau buatan manusia. Masjid ini menjadi tarikan pelancong kerana rekabentuknya yang indah . Pembinaan masjid ini menelan kos sebanyak RM11 juta,dibina atas tapak berkeluasan seluas 1.8 hektar.

Antara yang utama di masjid ini ialah menaranya yang setinggi 30 meter.Fungsinya bukan sahaja untuk mengumandangkan azan,tetapi juga sebagai Rumah Api yang memberi petunjuk kepada kapal2 yang berlayar melalui Selat Melaka.

Terdapat banyak lagi keunikan pada masjid ini. Pakaian menutup aurat disediakan untuk para pelancong memasuki masjid tersebut. Masjid ini mampu menampung kira-kira 2000 jemaah pada satu masa. Berikut saya sertakan gambar2 ketika melawat masjid ini.

Menara api yang memberi petunjuk kepada kapal2 

pintu hadapan Masjid Selat





Comments

Popular Posts